o Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita
Terengganu.. .
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie
Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur. ..
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai
Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq
Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
Jumaat, 18 September 2009
pantun rayer untuk atasi stress untuk sume negeri... huhu..
Ahad, 13 September 2009
hayatilah nasihat ini.......(stress akibat xxxxx)
Jika anda menonton drama bersiri Nur Kasih di TV3, kita tahu bahawa Adam benar2 telah berubah dan ingin kembali kepada isterinya Nur yang telah ditinggalkannya selama 4 tahun tanpa sebarang nafkah..memang sukar untuk Nur menerima Adam kembali.... Adam yang sebenarnya telah berubah kepada jalan Alllah, telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menawan hati isterinya kembali..... tetapi isterinya yang tidak yakin kepada Adam telah malrikan diri ke Arab Saudi dengan izin suaminya. setelah lama Adam berusaha untuk berbaik-baik dengan Nur, namun Nur masih tidak melayan tindakan Adam. Akhirnya Adam merasai tekanan di dalam hidupnya, lalu bertindak untuk mengerjakan umrah di tanah suci..... di sana Adam berjumpa Nur kembali tetapi Nur masih belum dapat memaafkan Adam. Adam berasa menyesal diatas perbuatannya yang lalu, tetapi abgnya iaitu Aidil menasihatkannya supaya dalam islam nabi tidak suka orang yang menyesal atas tindakan silamnya... lama-kelamaan Adam redha dengan situasi tersebut dan menerima keputusan Nur walaupun dengan hati yang berat..... Adakah Nur akan kembali kepada suaminya?.....
*nasihatnya disini, jika kita menghadapi stress seperti yang dihadapi oleh Adam, kita tidak bolehlah melakukan perbuatan yang tidak wajar seperti membunuh diri, tetapi berserah diri kepada Allah dan berdoa kepadanya sesungguhnya, Allah adalah sebaik-baiknya tempat untuk meminta pertolongan............
Jumaat, 11 September 2009
Khamis, 20 Ogos 2009
atASi TekAnAN peRasaAn MeNgiKUt ISLAM...
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-
• Cintai diri sendiri
Dicatat oleh Kami 3 Sekawan di 7:58 PTG 0 ulasan
Label: Atasi STRESS
TeKniK atAsi stREss
1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.
2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.
3. Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.
4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.
5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.
Dicatat oleh Kami 3 Sekawan di 7:33 PTG 0 ulasan
Label: Atasi STRESS
Selasa, 18 Ogos 2009
Cara Menangani Stress
try ikot tips dibawah
1. Tenangkan diri dengan tarik nafas dalam-dalam, dan bayangkan udara memenuhi paru-paru kita secara berperingkat-peringkat.
Cuba anda bayangkan anda sedang berada di atas pentas berhadapan dengan ramai orang. Apa yang anda rasa, tentu anda merasa stres dan gemuruh bukan. Degupan jantung anda pula berdegup dengan kencangnya dan nafas anda pula pendek. Bagi mengatasi masalah tersebut, gunakan lah teknik pernafasan untuk mengurangkan perasaan stres anda. Gambarkan paru-paru anda di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian bawah, pertengahan dan atas. Tutup mata dan bayangkan anda mengisi bahagian bawah paru-paru anda, bayangkan bahagian pertengahan paru-paru pula di isi. Kemudian bayangkan bahagian terakhir iaitu bahagian atas paru-paru anda pula di isi dengan udara. Sekarang agak-agaknya apa yang berlaku kepada anda di atas pentas. Anda tentunya akan merasa lebih tenang kerana bila udara memenuhi ruang pernafasan anda, jantung akan dapat berfungsi dengan lebih baik kerana mendapat udara yang cukup.
2. Membuat perancangan bagi setiap tugasan kita. Dahulukan mana yang utama.
3. Uji tahap tumpuan kita. Sama ada kita dapat fokus atau tak dengan satu-satu kerja. Kaji solat kita. Sebab solat berkait rapat dengan kehidupan kita sehari-hari.
Satu lagi teknik yang baik ialah teknik meningkatkan tumpuan. Cuba anda buatkan beberapa gumpalan kertas yang kecil. Dalam jarak tertentu cuba baling dan masukkan gumpalan kertas tersebut ke dalam gelas. Masuk tak, kalau masuk maknanya anda berjaya memberi tumpuan dan otak anda telah mengarahkan tangan anda untuk fokus kepada sasaran yang dikehendaki. Kalau tak berjaya, bagaimana agaknya solat kita? Kalau tidak berjaya sebenarnya dalam solat juga kemungkinan kita tak dapat memberikan tumpuan dan fokus yang sepatutnya. Itu adalah petanda yang kita perlu semak semula solat kita. Dengan Mengingati Allah Hati Akan Menjadi tenang. Fikir-fikirlah.
Pilihlah mana satu cara yang berkenan di hati atau buat ketiga-tiga sekaligus. Mungkin kamu semua perlukan tips ini.
Good luck and all the best~!
Dicatat oleh Kami 3 Sekawan di 9:47 PTG 0 ulasan
Label: Atasi STRESS
Jumaat, 14 Ogos 2009
Punca stres
Di mana anda adalah seorang yang mempunyai personaliti Jenis A iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi. .
Dicatat oleh Kami 3 Sekawan di 11:36 PTG 0 ulasan
Label: Punca Stress..
Selasa, 11 Ogos 2009
Stresnya!!
Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan
Tanda dan Gejala
Bagaimana saya tahu, saya mengalami stres?
• Gementar
• Berpeluh
• Rasa seram sejuk
• Tangan dan kaki rasa sejuk
• Sakit kepala atau rasa mual/nak muntah
• Bernafas laju
• Kering mulut
• Kerap buang air kecil
• Kerap buang air besar
• Cirit birit
Dicatat oleh Kami 3 Sekawan di 10:55 PTG 0 ulasan
Label: Definisi Stress..